Ideologi Vladimir I. Lenin

Rencana utama: Leninisme

Lenin berpegang teguh kepada fahaman Marxisme,[1] dan meyakini bahawa tafsirannya terhadap Marxisme – yang mulanya disebut "Leninisme" oleh Martov pada tahun 1904[2] – ialah satu-satu tafsiran yang sah dan sesuai dengan ajaran aslinya.[3] Menurut sudut pandang Marxis-nya, umat manusia akan meraih komunisme yang sesungguhnya, yakni sebuah masyarakat tanpa negara, tanpa kelas, yang bresifat egalitarian yang bebas dari eksploitasi dan alienasi, mampu menentukan nasibnya sendiri, dan menjunjung nilai "berilah sesuai kemampuan, terimalah sesuai kebolehan".[4] Menurut Volkogonov, Lenin meyakini bahwa langkah yang beliau tempuh terhadap Rusia akan langsung berakhir dengan penubuhan masyarakat komunis tersebut.[5]

Sebelum 1914, sebagian besar pandangan Lenin lebih kurang seiring dengan pemahaman Marxisme di Eropah pada umumnya.[1] Meskipun beliau mengkritik ideologi Marxisme yang memetik gagasan daripada falsafah dan ahli sosiologi bukan Marxisme pada masa itu,[6] gagasan-gagasan Lenin dipengaruhi bukan sahaja daripada teori Marxisme di Rusia, tetapi juga dipengaruhi pemikiran dari gerakan revolusioner Rusia, termasuk daripada kelompok agrarian-sosialis Narodnik.[7] Lenin menyesuaikan gagasannya berdasarkan perubahan situasi yang terjadi, seperti kenyataan bahawa Rusia berada di tengah perang, peristiwa kebuluran, dan kemelesetan ekonomi. Maka pada perkembangannya, Leninisme mereka semula pemikiran Marxisme yang sedia ada dan mewujudkan sudut pandang yang lebih mutlak dan bersifat mendoktrin.[1]